Monday, 30 December 2013
Allah, terima kasih kerana memberi ku peluang lagi.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
29 Dec 2013
Syukur kepada Allah SWT.
Umur ini baru sahaja berginjak ke angka "19"
Apakah maksud angka baru itu?
Itulah angka peluang Allah memberikan nyawa kepada hambanya
Selagi ada nyawa
Selagi ada peluang hidup
Selagi itulah Allah memberikan peluang untuk bertaubat
Selagi itulah kita dapat bersujud kepadaNya
Selagi itulah kita dapat melakukan ibadat sunat untukNya
Selagi itulah kita dapat berbakti kepada kedua ibubapa
Selagi itulah kita dapat berterusan melakukan ibadat!
Alhamdulillah..
Selang satu hari selepas tarikh lahir..
Dikhabarkan berita seorang insan yang solehah telah pergi meninggalkan dunia ini
Umurnya masih muda
Tapi insan itu terkenal akan kesolehannya
MashaAllah..
Cemburu rasanya
Allah menjemputnya ketika usia muda
Dalam usia muda yang penuh dengan amal kebaikannya
Allah menjemputnya kerana Allah menyayanginya..
Ah. Cemburu lagi
Aku juga ingin sebegitu
YaAllah...semoga dia, ibubapa ku, aku, keluargaku, sahabatku, saudara-saudara seislamku..
Akan ditempatkan bersama-sama dengan orang beriman nanti...
InshaAllah..
Selang satu hari selepas berita itu dikhabarkan
Berita kematian seorang hamba Allah yang terkenal dengan lagu nasyidnya
Meninggalkan dunia ini
Masih di usia muda!
Sayangnya Allah kepadanya...
Hati ini cemburu lagi..
Bukan itu sahaja,
Ditambah lagi dengan kematian yang lain
Mereka juga insan yang masih muda lagi!
YaAllah..bergetar hati ini
Ajal itu dimana-mana
Yang berbezanya hanyalah
Adakah amalan kita mencukupi di alam akhirat kelak?
Allah..
Terima kasih kerna memberi peluang kepadaku lagi
Aku tahu, masih beribu-ribu kematian lagi pada tarikh yang sama
Beribu-ribu lagi bayi yang baru dilahirkan di dunia ini
Aku hanya inginkan satu perkara sahaja..
Moga jannah itu akan menunggu ibubapaku, aku, keluargaku, sahabat-sahabatku dan saudara seislamku yang lain
Kami bersama-sama berbahagia di sana kelak
In shaAllah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment