"Membelek-belek" gambar lama di skrin laptop lama.
Ah.
Yang lama lupakanlah.
Ciptalah sesuatu yang baru.
Agar yang lama makin dilupakan dan luput dari hidup,
Binalah hidup yang lebih baik dan diredhai oleh Allah.
Alhamdulillah,
kesedihan perkara lalu
keinsafan perkara yang lalu
kekecewaan perbuatan yang lalu
Malu dengan perkara yang lalu
itulah tanda Allah meniupkan sedikit demi sedikit iman ke dalam hati kita
Semoga hidayah oleh Allah kepada diri kita berterusan dan sentiasa hadir dalam hidup kita
Jika kita lalai, semoga Allah hadirkan insan yang dapat mengetuk hati kita
Jika kita lupa akan Allah, semoga Allah izinkan hati yang lalai ini terasa rindu akannya
Jika kita sukar untuk kembali ke jalan yang benar, semoga Allah berikan hidayah dengan pelbagai bentuk buat kita.
In sha Allah.

No comments:
Post a Comment