Hujung minggu, dalam kesunyian di Blok, mungkin ramai yang
pulang ke rumah masing-masing memandangkan ketika itu di kolej ketiadaan air.
Beberapa orang sahaja yang dapat “survive” dan masih sempoi meneruskan aktiviti
seharian. Ehem.
Seorang sahabat menemaniku untuk menyiapkan assignment
masing-masing di bilik yang agak kecil ini. Walau kecil tapi terasa “besar”
apabila bilik ini dapat memuatkan enam orang sahabat ketika kami meluangkan
masa bersama. Tapi ketika ini hanyalah aku bersama-sama seorang sahabat sahaja.
“D, aku nak kongsi sesuatu, tentang apa yang aku rasa.”
“Yep, apa ye?”
“Kenapa ye, aku rasa Allah unfair terhadap hambanya? Aku
tahu perasaaan ni salah, tapi itulah apa yang aku rasa sekarang”
Perasaan sahabat aku ini, pernah aku rasainya suatu ketika
dulu.
“Tak salah apa yang kau fikir, semua orang mengalami proses
yang sama, jangan risau”
“Hmm…entah la D, aku rasa kenapa Allah sering bagi ujian
pada aku, banyak, bukan hanya banyak tapi berterusan..”, perasaan itu diluah
dengan baik.
Aku mencuba untuk memberi jawapan yang terbaik, hanya ini
sahaja yang aku dapat memberi pandanganku kepadanya..
“Setiap orang ada ujian berlainan. Kita ada dua jenis ujian,
ini hanyalah pendapat aku. Ujian secara sedar atau tidak, apa yang kau rasai
ini merupakan ujian yang secara kau sedar dan kau sedang menjalaninya dengan
fizikal dan mental. Ujian secara tidak sedar merupakan ujian yang paling
bahaya, kita tidak sedari bahawa ujian itu menimpa pada kita dan yang paling
teruk, kita tidak sedar langsung bahawa itu satu ujian!”
Sahabatku menunggu jawapan yang aku ingin katakan lagi.
“Bersyukurlah kau mendapat ujian ini. Setiap manusia tidak
lari dari ujian yang Allah berikan kepadanya. Apa yang aku rasa, setiap masa, 24/7 manusia sedang menjalani ujian yang Allah berikan kepada hambanya. Bayangkan,
kau sedang mengalami ujian secara tidak sedar, kau dalam kesenangan walau diri
kau terus hanyut, tidak mengingati Allah tapi, rezeki itu tetap berada dalam genggaman kau.
Allah SWT terus menerus memberikan ujian itu dan kau tidak sedar pun! Jika tak
sedar, sampai bila kita nak kembali diri kita kepada Allah? Ujian itu merupakan salah
satu cara untuk Allah mengingatkan hambanya untuk senantiasa mendampinginya.”
Sahabatku mengangguk tanda setuju.
Sesungguhnya, rasa
bersyukur itu suatu yang terbaik.
Bersyukurlah dengan ujian yang mendekatkan dirimu kepadaNya..
Alhamdulillah.

No comments:
Post a Comment