Friday 28 March 2014

Pernah dulu berangan-angan..
Apa perasaan berada di pengajian persediaan untuk fly?
Terfikir sejenak..
Bayangkan keadaan tempat tersebut, tapi itu angan-angan untuk ke A-level
Mesti best kan?
Tapi sekarang, Allah berikan sesuatu yang lebih bermakna dari A-level
Allah berikan international baccalaureate!
Siapa sangka??
Alhamdulillah.

Mendapat result SPM
Keputusan yang kurang memuaskan
Bagaimana ingin menolong family?
Tak mahu family menanggung diri ini..
Mahu apply scholarship...
Tapi ada ke scholarship untuk keputusan yang kurang memuaskan ini?
Seorang sahabat menyuruh diri ini apply sebuah scholarship yang menerima result tersebut..
Dengan syarat perlu mengisi butiran, mengarang ayat mengenai diri kita, menjawab quiz diri dan interview..
Dapat ke aku lakukan?
Kakak memaksa diri utuk mencuba..
Tapi aku berkali-kali kata..
"Susah..sekarang banyak competition.."
Tapi siapa sangka?
Dengan usaha dari Kelantan ke Kuala Lumpur seorang diri (Buat pertama kali ke KL)
Hadiri interview
Beberapa bulan selepas itu..
Mendapat panggilan bahawa..
Aku berjaya untuk temuduga itu dan aku akan melanjutkan pengajian ke Kolej Mara Banting!
Allah! Kau maha pemurah!

Dulu berangan-angan untuk menjadi seorang vet
Beritahu semua ahli keluarga..
"saya nak jadi doc haiwan", sambil tersengih menampakkan gigi
Selepas itu ahli keluarga akan ketawa sambil berkata..
"Haha..macam-macam la..baik jadi doc manusia"
Walau upu di halang oleh ayah untuk apply veterinar
Tapi siapa sangka melalui scholarship dapat course veterinary?
Allahuakbar! Ini semua rezeki dari Allah
*Mata bersinar-sinar* Alhamdulillah..

Siapa sangka?
Kadangkala semua itu impossible!
Tapi ianya possible
Jika Allah izinkan semua itu berlaku!

No comments:

Post a Comment