Tuesday 31 December 2013

Last Words Of 2013


Akan memfokuskan pelajaran terlebih dahulu.
Last sem.
MCB
In shaAllah
Dapat apa yang ditarget
Dapat apa yang dicitakan
Allah tahu apa yang terbaik
Fotografi diketepikan sementara waktu
Kecuali ada majlis-majlis penting (Ehem, walimah adik beradik tersayang)

*    *     *    *    *

Kadangkala menyesal
Kadangkala bingung
Kadangkala putus asa
Itulah, kerja-kerja fotografi yang sekadar hobi
Tak terfikir untuk menjadi seorang jurugambar
Ayat yang sering diungkap,
"Kan suka ambik gambar...jadi la wedding photographer"
Eheh, itu bukan mudah
Amik gambar je pun, semua orang boleh lakukan
Kecuali gambar yang berkualiti

Cita-citaku menjadi seorang doktor kepada haiwan
Jika Allah izinkan
Jika tidak, Allah tahu apa yang terbaik buatku
Yang penting, jangan hanya goyang kaki
Doa berkali-kali itu penting

*    *     *    *    *

Dunia maya
Makin pesat pembangunannya
Makin banyak berita yang dikhabarkan dengan hanya beberapa saat
Makin banyak berita positif mahupun negatif didengar
Jika bercakap soal perkara positif
Dari fizikalnya ramai yang mula berminat dengan islam
Makin bertambah anak-anak muda mula bergiat dengan dakwah
Makin bertambah maju informasi dakwah disebarkan
Artis-artis mula ramai menyarungkan hijabnya dan bergiat dalam dakwah
Bertambah golongan anak-anak muda berkualiti dari segi akhlaknya
Bertambah teknologi yang berkaitan dengan dakwah dan islam
Hanya menunggu masa sahaja
Umat islam akan bersatu
Menentang
Golongan kafir laknatullah itu nanti!

*    *     *    *    *

Seorang sahabat men"tweet"kan sesuatu yang sweet
Mesej dari seorang sahabat karib ketika sekolah menengah dahulu
InshaAllah..hidayahnya makin hadir!


Berita yang amat-amat baik
InshaAllah dia bakal menjadi insan yang lebih baik daripada yang lebih baik nanti!
:')

Pssst : Harap faham dialek msj kelate tu :)

*    *     *    *    *

2013
Sertai group yang dinamakan ghuraba'
Ahli-ahlinya semua berjiwa besar
Berjiwa dakwah islamiah
Alhamdulillah
Allah memilihku untuk turut sertai kumpulan itu
Dalam kesibukan hal keduniaan
Luangkan masa hal-hal islamiah dan dakwah
Walau hanya sedikit
Asalkan kita masih "memberi" dan terus berdakwah!
In shaAllah




SELAMAT DATANG ANGKA BARU

Monday 30 December 2013

Allah, terima kasih kerana memberi ku peluang lagi.




Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
29 Dec 2013
Syukur kepada Allah SWT.
Umur ini baru sahaja berginjak ke angka "19"
Apakah maksud angka baru itu?
Itulah angka peluang Allah memberikan nyawa kepada hambanya
Selagi ada nyawa
Selagi ada peluang hidup
Selagi itulah Allah memberikan peluang untuk bertaubat
Selagi itulah kita dapat bersujud kepadaNya
Selagi itulah kita dapat melakukan ibadat sunat untukNya
Selagi itulah kita dapat berbakti kepada kedua ibubapa
Selagi itulah kita dapat berterusan melakukan ibadat!
Alhamdulillah..

Selang satu hari selepas tarikh lahir..
Dikhabarkan berita seorang insan yang solehah telah pergi meninggalkan dunia ini
Umurnya masih muda
Tapi insan itu terkenal akan kesolehannya
MashaAllah..
Cemburu rasanya
Allah menjemputnya ketika usia muda
Dalam usia muda yang penuh dengan amal kebaikannya
Allah menjemputnya kerana Allah menyayanginya..
Ah. Cemburu lagi
Aku juga ingin sebegitu
YaAllah...semoga dia, ibubapa ku, aku, keluargaku, sahabatku, saudara-saudara seislamku..
Akan ditempatkan bersama-sama dengan orang beriman nanti...
InshaAllah..

Selang satu hari selepas berita itu dikhabarkan
Berita kematian seorang hamba Allah yang terkenal dengan lagu nasyidnya
Meninggalkan dunia ini
Masih di usia muda!
Sayangnya Allah kepadanya...
Hati ini cemburu lagi..

Bukan itu sahaja,
Ditambah lagi dengan kematian yang lain
Mereka juga insan yang masih muda lagi!
YaAllah..bergetar hati ini
Ajal itu dimana-mana
Yang berbezanya hanyalah
Adakah amalan kita mencukupi di alam akhirat kelak?

Allah..
Terima kasih kerna memberi peluang kepadaku lagi
Aku tahu, masih beribu-ribu kematian lagi pada tarikh yang sama
Beribu-ribu lagi bayi yang baru dilahirkan di dunia ini
Aku hanya inginkan satu perkara sahaja..
Moga jannah itu akan menunggu ibubapaku, aku, keluargaku, sahabat-sahabatku dan saudara seislamku yang lain
Kami bersama-sama berbahagia di sana kelak
In shaAllah..

Saturday 28 December 2013

Wednesday 25 December 2013

Ghuraba' Ebook!

In shaAllah, pada masa terdekat, Ghuraba' Production bakal menerbitkan majalah (Ebook) Ghuraba' yang pertama. :) Semoga segala perkongsian, peringatan dan ilmu islam itu dapat disebarkan dengan meluas.


Untuk mendapatkan perkembangan yang selanjutnya, sila ke page kami :)

Sunday 8 December 2013

Colors


Set up the wrong things,
ISO is extremely high
and i'm gonna produce
a picture
that full of "noise"
*Photography term*

Saturday 7 December 2013

Bukan sekadar gambar



Facebook. Twitter. Instagram. Apa lagi ye?
Gambar bukan sekadar gambar.
Bukan hanya gambar yang mementingkan aurat kita sahaja.
Malah aurat rakan yang bersama-sama kita dalam satu gambar.
Kita upload dan kita tayang pada seluruh laman sosial.
Memapar aurat sahabat-sahabat kita.
Bukankah itu pun satu kesalahan besar dipadangan Maha Esa?
Mengambil gambar seseorang.
Upload di laman sosial
Aurat tidak “fully” ditutup
Kita tanpa fikir panjang, hanya memikirkan harga gambar itu sahaja
Tanpa memikirkan harga diri orang lain
Gambar yang dilihat cantik dimata awam
Tapi aurat yang yang dilihat orang lain, disebar
WaAllahualam
Apa yang terjadi selepas ini ye?

“Berfikirlah sebelum upload, demi orang yang tersayang”

Eheh. Tagline yang baharu, zaman canggih.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Teringat kejadian beberapa tahun yang lalu. Ketika tahun 2010 di mana era facebook mula hangat di kalangan remaja seluruh Malaysia. Ketika itu juga peratusan pengguna facebook meng-upload gambar tidak sehangat sekarang. Mungkin juga ketika itu tidak terlalu ramai mengguna gadget-gadget mahal yang memiliki kamera 3G seperti sekarang. Mungkin juga dahulu application android untuk mencantikkan gambar dan wajah masih belum wujud lagi. Eheh.

Sejujurnya, saya merupakan salah seorang penggiat mengupload gambar-gambar selfie menggunakan kamera digital dan juga giat mengupload gambar-gambar aktiviti yang saya sering lakukan setiap hari. Bercakap soal gambar selfie itu, walaupun addicted untuk mengupload segala gambar tetapi aurat tetap terjaga. (Ini wajib okeh!)

Dalam kehanyutan dunia maya ini, Allah telah menghantar seorang insan untuk menegur perbuatan saya. Ketika itu, saya mendapat mesej seorang insan yang dikenali melalui alam maya. Insan ini juga merupakan sahabat kepada rakan sekolah rendah saya. Ini merupakan mesej daripadanya. Umpama ada anak panah menusuk kedalam hati. Pedih. Sakit. Sukar untuk mentafsir perasaan tersebut hadir dalam diri.*Sentap*


Sambungan untuk mesej tersebut, dia juga memberi "keratan" artikel blog kepada saya. Bukti segala tegurannya terhadap saya. Siapa yang tidak malu jika teguran itu daripada lelaki directly kepada insan yang bergelar wanita ini?

sebagai penerangan,..
HUKUM PAPAR GAMBAR DALAM FACEBOOK...
Bismillahirrahmanirrahim...
(1) “ Perempuan yg memotong badannya sendiri dgn gunting api neraka, kerana ia memperkenalkan dirinya kpd org lain.”
Yang dimaksudkan oleh hadith tersebut ialah wanita yang mendedahkan aurat untuk tontonan umum atau wanita yang bersolek dan berhias untuk ditunjukkan kepada lelaki yang bukan mahramnya.Oleh itu janganlah seorang wanita meletakkan gambarnya yang mendedahkan aurat ATAU berhias cantik di dalam internet samada dalam frienster, fb atau lainnya sekalipun dengan niat mencari sahabat atau merapatkan ukhuwwah.Menyertai FB tidak semestinya perlu menonjolkan kecantikan wajah atau tubuh badan.Menulis dengan tulisan-tulisan yang baik juga boleh merapatkan ukhuwwah & mengembangkan tali persahabatan sesama manusia.


(2) Wajah wanita adalah sebesar-besar FITNAH yang mengundang pelbagai maksiat dan dosa.Lagipun wanita adalah fitnah terbesar bagi lelaki.Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman : “Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu wanita-wanita … .”(QS. Ali Imran : 14)


(3) Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam memberikan peringatan dari fitnahnya sebagaimana yang diriwayatkan dalam Shahih Muslim dari shahabat Abu Said Al Khudri radliyallahu ‘anhu, beliau bersabda : “Hati-hatilah terhadap dunia dan hati-hatilah terhadap wanita karena sesungguhnya fitnah yang pertama kali menimpa Bani Israil adalah wanita.”


(4) Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam mengisyaratkan dengan sabdanya : “Sesungguhnya wanita menghadap dalam bentuk syaithan dan membelakang dalam bentuk syaithan.”
Para wanita menyerupai syaithon karena ia sebagai penyebab timbulnya fitnah bagi laki-laki seperti pernyataan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam di atas. Oleh karena itu hendaklah para wanita bertakwa kepada Allah dengan menjaga dirinya dan menjaga kaum lelaki dari fitnah yang ditimbulkan karenanya.


(5) Sabda RASULULLAH S.A.W.;Tidaklah aku tinggalkan sepeninggalku fitnah (cobaan) yang lebih berbahaya bagi kaum laki-laki daripada (fitnah) wanita. (Muttafaq ‘alaihi)


(6)Jarir bin ‘Athiyyah al-Khathafi bersenandung:Sesungguhnya indahnya mata-mata hitam wanita jelitaTelah membunuh kita dan tiada lagi menghidupkannyaMereka pun taklukkan si cerdas hingga tiada berdayaSedang mereka manusia paling lemah dari ciptaan-Nya


Berdasarkan dalil2 ini dan ilmu2 yang ana belajar, jika ditanya pada ana bolehkah muslimah memaparkan gambarnya pada lelaki bukan mahram umpamanya di Friendster, facebook atau sebagainya, maka jawabnya walau menutup aurat sekalipun tidak boleh dan inilah sebaik-baik jawapan. Pakai tudung atau pakai niqob juga tidak perlulah dipaparkan untuk tontonan umum. Jika benar niat kita pakai untuk Allah maka kenapa ingin pula dipaparkan pada lelaki bukan mahram? Cukuplah diletakkan gambar2 masjid atau gambar2 lain, tidak perlu paparkan kejelitaan yang kita ada ini pada bukan mahram.
Ada yang memberi alasan bahawa dipaparkan gambar dengan niat untuk kawan2 lama kenal. Maka jawabnya tidak semestinya dengan memaparkan gambar maka kawan2 lama akan kenal, mungkin ada banyak lagi prkara lain yg boleh dibuat supaya orang kenal umpamanya melalui tulisan dan sebagainya, ini semua alasan semata-mata untuk membenarkan apa yang kita buat.
Wallahu’alam..-Al Azhar Addin
sma2 lah kita muhasabah,...
karya asal:Siti Halija Muhammad Bakri"

Jika dilihat dari segi teknologi pada masa sekarang, kita senang sahaja terjebak dalam fitnah.

Bergambar dengan lelaki ajnabi.
Gambar dipergunakan sebagai medium fitnah menggunakan perisian photoshop untuk sebar segala perkara yang tidak benar.
Gambar yang membuatkan lelaki tertarik terhadap diri kita.

Wanita ini fitnah. Lelaki pula perlu menundukkan pandangannya. Jika kita sebagai wanita sering meng-upload gambar di laman sosial, bagaimana mereka ingin menundukkan pandangan mereka? *mengeluh*
Bahkan saya sendiri sebagai seorang wanita juga gemar melihat gambar-gambar muslimah yang cantik. Aktiviti yang "buang tabiat" eheh. Secara umumnya, hati saya sering mendesis dan memuji..yaAllah cantiknya.. Jika wanita pun memuji kecantikkan dan pandangannya tidak luntur terhadap muslimah cantik itu, bagaimana pula dengan kaum adam? *Mengeluh lagi*

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ini hanyalah pandangan dari insan yang kerdil.
Tidak salah mengupload gambar di laman sosial.
Tidak.
Tapi.
Dalam puluhan ribu, juta, billion gambar
Pilihlah gambar yang tidak menimbulkan fitnah
Menutup aurat sepenuhnya
Posing yang tidak mengghairah dan sopan santunnya terjaga

In sha Allah, soalan ini akan ditanya kepada beberapa insan yang berpelajaran tinggi dalam soal agama.

(To be continue...)



P/s : apabila membaca mesej hamba Allah tersebut, hati terasa bersalah. Gambar yang menonjolkan wajah di-deletekan secara serta merta. Itulah manusia. Kadangkala lupa. Jika lupa, cepat-cepatkanlah mencari sumber bacaan agama, rakan yang sering berkata-kata agama dan bahan hiburan agama supaya kita tidak lalai kepadaNya. In sha Allah :)

Wednesday 4 December 2013

Memori Lalu

"Membelek-belek" gambar lama di skrin laptop lama.
Ah.
Yang lama lupakanlah.
Ciptalah sesuatu yang baru.
Agar yang lama makin dilupakan dan luput dari hidup,
Binalah hidup yang lebih baik dan diredhai oleh Allah.
Alhamdulillah,
kesedihan perkara lalu
keinsafan perkara yang lalu
kekecewaan perbuatan yang lalu
Malu dengan perkara yang lalu
itulah tanda Allah meniupkan sedikit demi sedikit iman ke dalam hati kita
Semoga hidayah oleh Allah kepada diri kita berterusan dan sentiasa hadir dalam hidup kita
Jika kita lalai, semoga Allah hadirkan insan yang dapat mengetuk hati kita
Jika kita lupa akan Allah, semoga Allah izinkan hati yang lalai ini terasa rindu akannya
Jika kita sukar untuk kembali ke jalan yang benar, semoga Allah berikan hidayah dengan pelbagai bentuk buat kita.

In sha Allah.


Sunday 1 December 2013

USIM Convocation


Bismillahirahmanirahim..
Jejakkan kaki ke putrajaya.
Perjalanan mengambil masa lebih dari sejam.
Ke sana kerana ada temu janji dengan kakak kesayangan.
Luangkan masa dengannya dan juga sahabat-sahabatnya.
Untuk mengadakan sesi berfotografi sebentar,
sempena hari graduasi mereka.
Gambar yang dijadikan sebuah memori bermakna buat mereka selamanya. :)



Friday 29 November 2013

A bed time story


Daughter : Mum, what's the bed time story for tonight?
Mum : Darling...it's about snow white and seven dwarf..
Daughter : Woaa..! Is it about a princess?
Mum : Yes, darling...

Ehem. Perbualan seorang anak gadis berumur 4 tahun dengan ibunya.
A bed time story? Hmm...



"Anak kecil yang lahir itu ibarat kain yang putih bersihnya, ibu bapa merekalah yang bertanggungjawab untuk mewarnakan kain itu supaya kelihatan cantik dan menjaganya dengan baik"

A bed time story ye? Uhuh.

Kisah snow white and seven dwarf, tukarlah dengan kisah wanita-wanita terhebat pada zaman rasul.

Kisah fantasy dan khayalan, tukarlah dengan kisah kehebatan mukjizat para rasul yang sememangnya benar-benar terjadi pada masa dahulu.

Kisah Sci-Fi yang penuh dengan tipuan semata-mata itu, tukarlah dengan kisah sahabat-sahabat nabi yang penuh dengan jihad kerana Allah.

A bed time story,
make it as a part of your time
to EDUCATE and INTRODUCE,
your CHILDREN,
about life,
and ISLAM.

Gadis bertudung labuh




Ini satu cerita.
Menaiki sebuah bas.
Bas itu pada mulanya, kurang penumpang.
Tetapi, makin lama, makin bertambah isi dalam bas itu.
Ada seorang gadis bertudung labuh
Hanya duduk berseorangan, di-sit paling depan.
Kerusi dalam bas itu berkedudukan agak pelik sedikit
Kerusi yang amat panjang, boleh memuatkan sebanyak 4 hingga 5 orang.
Walaupun penumpang makin bertambah
Hairan, tiada siapa yang berani bersedudukan kerusi yang sama dengan gadis itu
Perasaan 'freedom' mula hadir dalam dirinya
Walau penumpangnya ramai lelaki, tetapi kerusi yang luas itu hanya dia seorang sahaja yang 'conquer'
Hinggalah satu tempat
Bas berhenti untuk mengambil penumpang yang baru
Ketiadaan tempat yang lain membuatkan penumpang lelaki itu duduk di 'sit' yang sama dengannya
Walau tempat yang sama
Distance-nya ibarat si gadis itu berada di hujung dan penumpang baru berada di hujung satu lagi
Hatinya tenang seketika
Walaupun berseorangan tapi "Dia" sentiasa menjaga hamba yang taat padaNya
Alhamdulillah.

Friday 1 November 2013

New


New Blog.
New Content.
New Photos.
Good bye my old photographs.

About Me



Muslim

Studying in MCB.
Veterinary.

My name, Cahaya Agama.