Friday 16 May 2014

Apa yang kita dapat lakukan?
Selain hanya melihat gambar sahaja
Sambil menitis air mata
Melihat anak-anak kecil merana
Dan kita disini merana dalam kebahagiaan?

Wahai burma, syria, palestin, mesir, rohingya
Apa khabar mu?
Kami disini hanya dapat menadahkan kedua tangan
Meminta pertolongan dariNya

Monday 12 May 2014

Sunday 11 May 2014

Bertanya pada kawan, randomly,
"Mereka ok tak? Sebab ada sesuatu yang dilihat aneh dalam kalangan mereka"
Bertanya hal junior kepada sahabat, walau dilihat tidak endah tapi hakikat mengambil berat mereka
Selepas ini mereka pula memegang title senior dan mereka pula yang harus sebar contoh yang baik kepada junior yang seterusnya

"Oh, mereka ok je la.."

"Ok."

Bicara itu berhenti disitu.

Selang beberapa hari, sahabat mengkhabarkan berita.

"Diyana, benarlah. Mereka ada sesuatu. Tentang sahabat baik tu."

"Kenapa dengan mereka?"

"Si A memang dilihat rapat dengan sahabat baiknya tapi hakikatnya tidak"

"Apa yang dimaksudkan tu?"

"Ada junior lain mendatangi diri ni, meluah sesuatu, berkaitan masalahnya. Secara tidak langsung, dia juga menceritakan hal Si A dan B"

Diri ni hanya terdiam untuk mendengarkan kisah seterusnya.

"Si A berang dengan sahabat baiknya. Dia juga mencerita tentang kekurangan sahabat baiknya kepada junior tersebut. Mungkin untuk meluah. Si A berlaku baik dihadapan si B tapi hakikat di belakang ada sesuatu yang membuatkan si A tidak berpuas hati dengan sahabatnya itu. Hanya dengan perkara kecil, Si B contact seorang lelaki yang diminati dan rapat dengan si A, dia tidak berpuas hati dengan tindakan kawannya tu. Dalam diam, dia marah."

Menggeleng kepala.
Si lelaki itu amat aku kenali.
Hati makin kesal dengan semua yang berlaku.

Jika beginilah caranya, bagaimanalah mereka nanti?

Makin hari bertambah kesal.
Makin hari makin terbuka segala yang tersimpan itu.
Makin hari, benarlah dengan semua itu,
Satu hari nanti, ada suatu perkara yang lebih besar tersingkap.
Mungkin tunggu masanya akan tiba nanti.

Tuesday 6 May 2014

Mujahadah

Sahabat mencuit-cuit lengan.
Memberi suatu khabar,
Macam ada kaitan je tweet korang?
Oh, apa maksudnya?

"Jika diri masih lagi berjihad dengan nafsu, Tak usah berangan-angan untk menjejakkan kaki ini berjihad di bumi sana, Syria, Palestin "

"Ingat mujahadah tu lagi senang dari perang fizikal ke? Cakap senanglah. Diri sendiri tak kena."

Oh, saya tak sangka semua itu
Kerana kata-kata itu kepada diri sendiri
Bukan kepada pihak lain
Semalaman, air mata jatuh
Melihat kanak-kanak syria yang dibunuh
Guru-gurunya juga
sayu hati melihat kanak-kanak di sana

Manusia biasa,
jika anda lihat gambar itu sudah pasti,
Anda akan berasa sayu dan hati juga berkobar-kobar ingin ke sana

Berfikiran sebegini,
Berjihad tapi...
Bila memandang diri ini..
"Aku masih lagi jihad nafsu, amalan masih lagi kurang, ingin ke sana sekarang memang tiada makna"
Tiada makna kerana kita sukar nak hadapi musuh,
Jika hati ini tidak 100% berpegang teguh, mengingati Allah

Wahai hamba Allah,
sebenarnya saya juga dalam fasa yang sama denganmu
Kamu memiliki masalah berkaitan dengan hati bukan?
Aku tahu hal itu
Aku juga sama
Ye, sukar sekali amat sukar
Masalah hati ini peritnya bukan jiwa sahaja malah fizikal
Untuk bermujahadah itu sukar sekali
Tapi apabila kita hadapi fasa "kesakitan" itu dengan baik
InshaAllah, ada pengakhiran dengan kemanisannya nanti

Masih ingat lagi,
amat sukar hadapi semua ini
Berbulan juga mengambil masa
Berbulan juga menangis hampir setiap malam
Tiada seorang yang mengetahuinya
Kerana didunia luar,
Memberi senyuman manis itu lebih baik berbanding bermasam muka,

Ye benar,
mujahadah itu sukar
Amat sukar sekali
Hati ini sakit, terasa pedihnya dengan fizikal
Kadangkala air mata ini tidak pernah surut
Alhamdulillah, air mata itu makin surut
Dan kurangnya air mata itu, kegembiraan pula bertambah
Cuma ingatilah bahawa,
"Allah sentiasa disamping kita"

Makin lama, makin aku sedar
Tak usah aku mencari yang sementara ini
Kerana yang kekal sentiasa bersamaku
Teruskanlah berjihad dengan nafsu
Kerna dipengakhirannya amatlah manis
:)

Sunday 4 May 2014

Laman sosial?

Benarlah,
Terbaca post di twitter dari Inche Gabbana
Kekadang kita hapdet amal kita di Mukabuku nak orang tahu. Tak cukupkah Allah sahaja yang tahu?
Yup, kenapa kita ingin post di laman sosial?
Untuk kita beritahu kepada manusia sekalian kan?
Jadi, jika kita post unsur-unsur bukan ilmu..itu untuk apa kalau bukan untuk memberitahu kepada manusia semua?

Reflect sebentar,
Jadi..adakah kita benar-benar bergantung kepada Allah..
Jika di laman sosial ditonjolkan sebegini?
Terlalu tampak diri kita terlalu ingin memberitahu kepada sekalian manusia apa yang kita lakukan
Bukannya ingin bergantung kepada keredhaan Allah terhadap apa yang kita lakukan
Allahu..
Kecuali dengan perkara tertentu,
Niat itu yang penting
Post di laman sosial dengan perkara yang baik, yang memberi kebaikan kepada manusia lain

“Don’t judge a book by it’s cover”
Tapi…
Maafkan saya,
Bukan ke kata-kata itu menggambarkan peribadi kita?
Kata-kata itu bukan cover buku lagi,
Kata-kata itu isi dalam buku..kan?
Cover itu cuma fizikal bukannya kata-kata

Apa pula pendapat mengenai orang yang hipokrit..post keagaaman tapi hati..?
Siapa kita ingin judge hati orang?

Ini hanyalah pendapat,
Benar, hati itu memaparkan apa yang kita post di laman sosial
Kerana ia melalu lisan secara indirect, menggunakan laman sosial
Jadi, tonjollah hati yang bersih
Lebih baik bukan?
Berbanding tonjol sesuatu yang membawa fitnah atau kita tonjol mengenai aib / kekurangan kita sendiri

Jadi,
Jagalah kata-kata kita di alam maya ini
Banyak kali saya terguris kata-kata orang lain di laman sosial
Terutamanya twitter
Bukannya disebabkan apa yang di-post itu suatu yang kebaikan dan “sentap-kan” hati saya
Tapi suatu yang negatif,
Suatu yang patut deal dengan luaran
Bukannya deal melalui laman sosial

Seorang sahabat,
Ada post sesuatu yang membuatkan saya amat berkecil hati
Saya tak tahu bagi dia semua ini satu kesalahan
Bahkan perkara itu menjadi kebiasaan antara kami
Maafkan saya
Walau tidak memberitahu siapa yang lakukan semua itu di status laman sosial anda,
Saya tahu, itu saya
Kerana kita berada di tempat yang sama
Dan beberapa minit berlalu, anda post perkara tentang perbuatan yang dilakukan itu
Ianya perkara kecil, tapi menjadi besar
Kerana diibarat menikam belakang sahabat anda

Jika anda berterus terang lebih baik bukan?
Apa pun, lupakanlah,
Saya juga perlu berterus terang,
Jadi, ini sebagai pengajaran buat kita semua
Jangan jadikan laman sosial sebagai tempat untuk meluah perasaan

Mahupun tempat untuk melabur saham dosa
Conversation dengan seorang rakan yang dikenali,
hanya sekadar conversation yang ingin mengetahui sahaja
Bertanya khabar dan keadaan dirinya
agak lama tidak bertanya khabar hinggalah tiba harinya

Dalam conversation itu juga bertanya hal lain
Melalui conversation itu juga mengetahui sesuatu yang amat sedih mendengarnya
"Kerana nafsu, badan binasa"
Sayangnya, anda seorang yang amat tinggi ilmu agamanya
Dan ini menyedarkan terhadap sesuatu perkara
"Ilmu tanpa amal itu sia-sia"

Tapi anda sudah berjanji
"Saya bakal berubah nanti, saya akan berubah, akan berubah untuk masa itu nanti"
Baguslah
Moga anda berusaha untuk berubah pada masa itu nanti

Moga berubah
Penyakit hati itu sukar diubati
Bila nafsu dibiarkan kawal hati
Ingatlah, ayat-ayat suci Allah akan menjadi penawarnya

Penyakit hati itu agak sukar diubati
Tapi tak mustahil ianya akan sembuh dalam jangka masa terdekat
Teruskan berjihad.
Berjihad dengan nafsu, jihad yang paling sukar sekali

Friday 2 May 2014

Ujian | Final exam?

3 hari lagi sebelum final IB

Penentu masa depan

Tapi bukan penentu akhirat

Kerna result dunia itu lama-kelamaan akan dilupai

Hanyut pergi

Sepertimana result sebelum ini

Masih ada yang bertanya lagi? UPSR? PMR? SPM?

Berapa yang kamu dapat?

Tak.

Semua itu sudah hanyut dengan masa

Kecuali yang kekal abadi itu, tak pernah hanyut

Malah "ujian" itu berterusan hingga mati

Kita akan mengetahui "result ujian" itu di akhirat nanti

Malah, itu kekal

Walau kamu di syurga mahu neraka

Kamu tetap akan dipandang oleh ahli-ahli syurga, neraka yang lain

Level manakah kamu?

Mereka akan terus memandangmu

Dirimu juga akan memandang yang lain..

Compare dirimu dengan yang lain..

Aku berada di mana?

Jannah di level mana?

Aku mahu jannah di peringkat firdausi

Aku cemburu dengan ahli syurga, inshaAllah keluarga kita, sahabat kita, saudara kita,

Berada di level syurga yang lebih tinggi dari kita

Dan...

Bukannya mereka atau kamu tertanya-tanya..

Berapa result kamu / mereka didunia?

Tak, mereka tak memandang langsung hal yang tiada erti itu lagi

Nah.

Kita hadapi ujian setiap hari

Tapi kita sering alpa

Cuba check markah kita

Mungkin "predicted gred' akhirat nanti?

Hanya sekadar bertanya dalam hati...

"Bersediakah aku untuk menempuhi mati?"

Jika "tidak"

Upgrade-kan iman kita

Kerna masih ada ujian lagi esok

Mungkin ujian yang terakhir?

Wallahualam..

Ejekan


Terdengar perbualan yang seakan-akan mengejek rakan yang tak mahu menerima ilmu akhirat.

Sebenarnya ejekan itu sepatutnya kepada dirimu bukan kepada dia.

Untuk sebar ilmu juga ada taktik dan caranya.

Jangan terus melabel "mereka tak suka ilmu".

Mungkin cara mereka terima ilmu itu lain dan kamu yang menyebar ilmu itu perlu tahu,
cari penyelesaian untuk dekatkan dirimu kepada mereka.

Jangan membuatkan mereka jauh dari semua itu

Kerna ada beberapa golongan yang bersikap sebegitu

Moga dakwah itu terus tersebar.