Tuesday 18 February 2014

Valentine days?

  • Conversation started Sunday
  • Diyana Zahari
    Diyana Zahari
    Hi, salam sejahtera. Saya merupakan salah seorang editor untuk Ghuraba' Productions. Mengenai kesilapan dan juga terlepas pandang brochure dan video yang kami telah publish-kan itu, kami akan membaikinya balik dan akan memadamkan perkara yang asal. Saya, bagi pihak Ghuraba' productions ingin meminta maaf dengan apa yang berlaku dan ingin berterima kasih dengan teguran dari pihak anda. Kami akan pastikan kandungan bersempena valentine day itu mengandungi perkara yang baik dan mempertengahkan isu mengenai para remaja perlu menjauhi keburukan seperti penzinaan di luar nikah yang tidak diajar oleh agama anda tapi atas kehendak nafsu manusia sendiri sebenarnya. Jika anda tidak keberatan, bolehkah anda berkongsi kisah valentine's day kepada saya, mungkin untuk menambah pengetahuan saya yang berminat mengenai sejarah valentine's day dimana saya juga masih kabur lagi mengenai kisah asalnya Moga tuhan merahmati anda.
  • Today
  • Carl Manly

    Salam sejahtera. Pertama sekali, saya sangat berterima kasih kepada pihak anda (Ghuraba Productions) kerana melihat perkara ini sewajarnya dan bersetuju untuk membaikinya balik dan justeru, saya sangat bersyukur kerana pihak anda tidak melihat komen saya sebagai suatu yang negatif. Berkenaan dengan kisah valentine's day, saya juga tidak mempunyai maklumat serta rujukan yang agak khusus dan daripada apa yang telah saya baca dari kenyataan di brosur dan video anda, kebanyakannya tidak bercanggah kecuali bagi kisah 3 versi iaitu bagi Versi 2 dan 3 saya tidak dapat memastikan kesasihannya serta kenyataan (ayat) yang telah saya minta pihak anda perbaiki. Di bawah ini merupakan serba sedikit info yang saya boleh kongsikan daripada apa yang saya telah baca sebelum ini. Seperti yang saya ketahui, sebelum kedatangan agama kristian valentine merupakan perayaan pagan orang Rom yang dikenali sebagai hari Lupercalia dan disambut pada tanggal 15 feb dan ada yang menyatakan ia merupakan perayaan selama 3 hari bermula 13-15 feb. Ia sememangnya perayaan yang menjurus ke arah penzinaan pada ketika itu dan disebabkan itu dan sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam brosur dan video anda, valentine telah dihapuskan dari kalendar kristian dan kristian catholic merupakan di antaranya yang menghapuskan perayaan valentine dari kalendarnya. Akan tetapi, Kristian melihat perayaan hari valentine sebagai perayaan St. Valentine yang telah dibunuh oleh ketua empayar Rom pada ketika itu dan bukan sebaliknya yang menjurus kepada penzinaan kerana seperti yang kita ketahui agama kami (Kristian) juga melarang sebarang bentuk penzinaan dan menegaskan wujudnya dosa walaupun dengan hanya melalui deria penglihatan dan sebagainya. Untuk berkongsi maklumat berkenaan hari valentine ini dengan lebih lanjut, saya dengan jujur juga mengakui yang saya juga tidak mempunyai banyak maklumat atau info kerana perayaan hari valentine sememangnya seperti yang kami (orang Kristian) sendiri ketahui tidak mencerminkan kristian pada dasarnya (unsur2 penzinaan perayaan valentine oleh orang pagan Rom) malahan tidak disebut di dalam kitab. Akan tetapi, perayaan ini bagi kami orang kristian adalah perayaan yang merujuk kepada perayaan St. Valentine yang pada ketika itu bergelut dengan penganiayaan dan penindasan oleh pemerintahan empayar Rom terhadap orang Kristian sehingga beliau dihukum bunuh. Saya mengharapkan info ini memadai bagi pengetahuan anda dan saya juga ingin meminta maaf sekiranya maklumat yang saya berikan tidak memuaskan dan tidak berasas (rujukan yang kurang) pada pendapat anda kerana saya juga hanya manusia biasa yang sering melakukan kesilapan. Terima kasih dan moga anda juga diberkati olehNya.

Wednesday 12 February 2014

Sampai bila?

Sampai bila kita mahu bermain perasaan atau kepentingan diri dalam hal keduniaan?



"Ah...aku perlu kejar untuk fly"

"Maaf, tak sempat nak dakwah lagi setakat ni..tunggu dulu"

"Pasal kahwin! Cintan-cintun!"

"Wanita solehah bla..bla..blaa..just tweet /post fb tapi tak amal?"

"Saya menunggu lelaki itu bla..bla..blaa..."

"Pegang anjing! Harammmm"

"Bergosip?"

"Kau salah! Aku betul..mana ada pendapat bla..bla..blaa...aku belajar dalam buku weh, aku lebih arif dari kau hal-hal agama neh..eheh."

Weh! Diri ini mahupun manusia sekalian!

Bangunlah!

Di luar sana lebih banyak lagi yang perlu kita tanggung.

Bersihkan hati.

Bersedia untuk berperang di jalan Allah.

Ketepikan hal yang sia-sia..

Ketengahkan hal AKHIRAT

Ikhlas lakukan segalanya kerana Allah

:'(