Thursday 16 January 2014

Happiness


Tiada apa yang lebih bahagia apabila melihat orang yang disayangi bahagia :)
Atau
Saudara-saudara muslim yang lain bahagia :')
Moga kita sama-sama bahagia hingga ke Jannah
Biarpun perit di dunia ini buat sementara
Yang kekal itu lama dan selamanya

#LoveFamily
#LoveMum
#LoveDad
#LoveMuslims

Sunday 5 January 2014

Jawapan

An hour sebelum ke putrajaya.
Masih sempat untuk menaip sepatah dua kata.
Menonton telemovie sebentar tadi.
Mendengar bacaan talkin di kaca TV
Tiba-tiba dalam fikiran berkata sesuatu

"Jawapan untuk segala pertanyaan malaikat di dalam kubur, kesemuanya kita tahu. Tapi, yang berbezanya, di alam kubur bukan akal fikiran kita yang menjawab, tetapi amalan kita yang berkata-kata di sana kelak"

YaAllah.
Moga kita semua
Di alam sana
Hanya berehat
Menanti alam akhirat dengan penuh "tidak sabar"
Kerna kita tahu, syurga itu menanti kita
InshaAllah
InshaAllah
InshaAllah

Gambar hiasan

Friday 3 January 2014

Bakpo la aku post gitu?

Pada masa sekarang perkara yang pelik /aneh /menggelikan dan sewaktu dengannya menjadi trend di laman sosial. Ingin jadi popular pun senang sahaja, post shj gambar/vid yang berunsurkan benda tersebut, anda pasti akan popular sekelip mata. Mungkin juga rancangan televisyen/radio akan menjemput anda untuk ditemu bual / menjadi artis sekelip mata. Senang kan? Itu hiburan baru untuk manusia sekarang atau mungkin itu hiburan di Malaysia? Waallahualam.

Pernah tak alami perkara... "Aiya..bakpo aku post gitu..."?
Eheh. Pelik bunyinya.
Tapi itulah saya mula alami pada masa sekarang.
Imbas kembali perkara yang saya post pada masa dahulu di facebook + twitter + instagram.

Kata-kata yang saya gunakan, saya mula bertanya pada diri saya, "Kenapa aku post benda sebegini? Apa motif? Kenapa kata-kata aku kedengaran amat menggedikkan/sia-sia?"

Foto yang saya kongsikan di facebook, saya menyoal diri saya, "Apa motif kau post gambar selfie / berseorangan sambil pose sebegitu? Nak kongsikan di seluruh dunia bahawa kau cantik ke? Kau bangga dengan bergambar sebegitu? Kau pakai pakaian pun dah sopan, tapi sayang, kau ibarat orang yang cuba untuk menarik perhatian lelaki"

Perkara peribadi yang saya kongsikan di alam maya ini, saya bertanya lagi pada diri saya, "Kau tak suka orang kisah pasal diri kau, kenapa kau masih nak publish benda-benda camni di tempat umum? Orang stalk kau pun rimas kan? Kenapa kau masih nak share di facebook/ twitter/ instagram?"

Malu pada diri sendiri mula menebal dalam hati.

"Adakah kita masih rasa bangga dengan semua perkara tersebut? Tidakkah kita rasa malu?"

Dalam hadist Rasulallah bersabdah:
“Sesungguhnya malu termasuk sebahagian dari iman” (HR. Bukhari dan Muslim)





*     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *     *  

"Kata-kata di facebook sekarang lebih tajam daripada pedang.
Jika kita post perkara negatif, yang mendapat impak itu bukan seorang dua, tapi ratusan dan ribuan orang."

Kongsilah perkara keagamaan / positif / mengingati Allah kepada rakan yang lain. Biarlah yang mendapat kesan positif itu ramai, pada masa yang sama kita juga akan mendapat keredhaan Allah. Jadilah seperti sahabat2 perjuangan dakwah yang lain yang sudah meninggalkan kita, apa yang mereka tinggalkan kata-kata mereka bukanlah kata-kata kosong, tapi kata-kata dakwah. Dakwah mereka tidak berhenti begitu sahaja, tapi berterusan hinggalah mereka "berehat" di sana. :')

"Aku boleh hidup jika manusia meninggalkan aku, tapi aku akan mati tanpa Allah di sisiku." -AllahYarham Adibah Khairy


Wednesday 1 January 2014

Angka Baru! #2014


Bismillahirahmanirahim...
Angka baru!
Yep!
Alhamdulillah!
:D
Azam?
Terus upgrade iman!
In shaAllah.

Ghuraba' Ebook keluaran pertama sudah diterbitkan!


 بِسْمِ ٱللهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ




Alhamdulillah, majalah ghuraba' keluaran Januari 2014 sudah  diterbitkan, anda boleh mendapatkannya melalui page ini! :D

Ghuraba' production

Dan ini pula video promosinya. :D


Alhamdulillah, ianya hanyalah percuma dan jangan lupa untuk mendapatkannya sekarang!