Tuesday 6 May 2014

Mujahadah

Sahabat mencuit-cuit lengan.
Memberi suatu khabar,
Macam ada kaitan je tweet korang?
Oh, apa maksudnya?

"Jika diri masih lagi berjihad dengan nafsu, Tak usah berangan-angan untk menjejakkan kaki ini berjihad di bumi sana, Syria, Palestin "

"Ingat mujahadah tu lagi senang dari perang fizikal ke? Cakap senanglah. Diri sendiri tak kena."

Oh, saya tak sangka semua itu
Kerana kata-kata itu kepada diri sendiri
Bukan kepada pihak lain
Semalaman, air mata jatuh
Melihat kanak-kanak syria yang dibunuh
Guru-gurunya juga
sayu hati melihat kanak-kanak di sana

Manusia biasa,
jika anda lihat gambar itu sudah pasti,
Anda akan berasa sayu dan hati juga berkobar-kobar ingin ke sana

Berfikiran sebegini,
Berjihad tapi...
Bila memandang diri ini..
"Aku masih lagi jihad nafsu, amalan masih lagi kurang, ingin ke sana sekarang memang tiada makna"
Tiada makna kerana kita sukar nak hadapi musuh,
Jika hati ini tidak 100% berpegang teguh, mengingati Allah

Wahai hamba Allah,
sebenarnya saya juga dalam fasa yang sama denganmu
Kamu memiliki masalah berkaitan dengan hati bukan?
Aku tahu hal itu
Aku juga sama
Ye, sukar sekali amat sukar
Masalah hati ini peritnya bukan jiwa sahaja malah fizikal
Untuk bermujahadah itu sukar sekali
Tapi apabila kita hadapi fasa "kesakitan" itu dengan baik
InshaAllah, ada pengakhiran dengan kemanisannya nanti

Masih ingat lagi,
amat sukar hadapi semua ini
Berbulan juga mengambil masa
Berbulan juga menangis hampir setiap malam
Tiada seorang yang mengetahuinya
Kerana didunia luar,
Memberi senyuman manis itu lebih baik berbanding bermasam muka,

Ye benar,
mujahadah itu sukar
Amat sukar sekali
Hati ini sakit, terasa pedihnya dengan fizikal
Kadangkala air mata ini tidak pernah surut
Alhamdulillah, air mata itu makin surut
Dan kurangnya air mata itu, kegembiraan pula bertambah
Cuma ingatilah bahawa,
"Allah sentiasa disamping kita"

Makin lama, makin aku sedar
Tak usah aku mencari yang sementara ini
Kerana yang kekal sentiasa bersamaku
Teruskanlah berjihad dengan nafsu
Kerna dipengakhirannya amatlah manis
:)

No comments:

Post a Comment