Sunday 11 May 2014

Bertanya pada kawan, randomly,
"Mereka ok tak? Sebab ada sesuatu yang dilihat aneh dalam kalangan mereka"
Bertanya hal junior kepada sahabat, walau dilihat tidak endah tapi hakikat mengambil berat mereka
Selepas ini mereka pula memegang title senior dan mereka pula yang harus sebar contoh yang baik kepada junior yang seterusnya

"Oh, mereka ok je la.."

"Ok."

Bicara itu berhenti disitu.

Selang beberapa hari, sahabat mengkhabarkan berita.

"Diyana, benarlah. Mereka ada sesuatu. Tentang sahabat baik tu."

"Kenapa dengan mereka?"

"Si A memang dilihat rapat dengan sahabat baiknya tapi hakikatnya tidak"

"Apa yang dimaksudkan tu?"

"Ada junior lain mendatangi diri ni, meluah sesuatu, berkaitan masalahnya. Secara tidak langsung, dia juga menceritakan hal Si A dan B"

Diri ni hanya terdiam untuk mendengarkan kisah seterusnya.

"Si A berang dengan sahabat baiknya. Dia juga mencerita tentang kekurangan sahabat baiknya kepada junior tersebut. Mungkin untuk meluah. Si A berlaku baik dihadapan si B tapi hakikat di belakang ada sesuatu yang membuatkan si A tidak berpuas hati dengan sahabatnya itu. Hanya dengan perkara kecil, Si B contact seorang lelaki yang diminati dan rapat dengan si A, dia tidak berpuas hati dengan tindakan kawannya tu. Dalam diam, dia marah."

Menggeleng kepala.
Si lelaki itu amat aku kenali.
Hati makin kesal dengan semua yang berlaku.

Jika beginilah caranya, bagaimanalah mereka nanti?

Makin hari bertambah kesal.
Makin hari makin terbuka segala yang tersimpan itu.
Makin hari, benarlah dengan semua itu,
Satu hari nanti, ada suatu perkara yang lebih besar tersingkap.
Mungkin tunggu masanya akan tiba nanti.

No comments:

Post a Comment